Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nak share satu lagi resepi kuih di blog saya ini. Kuih pelita ini berasal dari Kelantan dan bukan sahaja terkenal dikalangan rakyat Kelantan malah terkenal juga di negeri-negeri luar terutama sekali bila tiba bulan ramadhan. Kuih pelita ini memang sedap..rasanya segar dan menyejukkan bila dimakan terutama sekali bila ia sejuk. Ok..jom tengok resepi kat bawah ini.
RESEPI KUIH PELITA
Resepi asal:Hairul
Bahan A(Lapisan bawah-warna hijau)
- 1 cwn tepung beras-sy guna tepung beras jenis cap2 gajah
- 5 cwn air
- 5-7 helai daun pandan(dikisar bersama dgn 1 cwn air di atas)
- sedikt pewarna hijau epal
- 1/2 sudu teh air kapur
- 1 cwn gula
1. Satukan semua bahan A.
2. Kacau sampai sebati guna whisk tangan.
3. Tapis masuk dalam periuk.
4. Masak atas dapur sampai jadi likat dan meletup-letup. Tutup api.
5. Masukkan dalam bekas kecil/dadih. Letak sudu besar gula atas lapisan hijau. Biarkan seketika.
Bahan B(Lapisan atas-warna putih)
- 4 sudu besar tepung beras-sy guna tepung beras jenis cap2 gajah
- 4 cwn santan cair (1 1/2 santan pekat dan 2 1/2 air)
- 1 sudu teh garam
Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan B.
2. Kacau sampai sebati guna whisk tangan.
3. Tapis masuk dalam periuk.
4. Masak atas dapur sampai jadi likat dan meletup-letup. Tutup api.
5. Masukkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan seketika atau masukkan bekas dalam peti ais. Tunggu sejuk dan sedia untuk dimakan.