Saturday, 23 April 2016

KUIH SERI MUKA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Malam ini saya nak share resepi kuih seri muka kepada anda. Kuih seri muka ini adalah one of my favorite kuih. Walaupun malam ni sedikit penat sebab ada tetamu yang datang ke rumah sy tapi sy tetap tak sabar nk share resepi kuih seri muka ini. Hehehe. Saya sebenarnya mengidam nak makan kuih seri muka ini sbb memang lama sangat saya tak makan kuih ini. Saya lihat banyak juga resepi kuih seri muka yang dikongsikan oleh blogger makanan. Hati saya tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Pn.yatie. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pn.Yatie kerana berkongsi resepi kuih seri muka diblog beliau.Jom kita lihat resepi kat bawah ini.






RESEPI KUIH SERI MUKA

Resepi asal:Yatiememories

Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus


Cara-cara:-

1. Rendam pulut lebih kurang 4 jam

2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.

3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.

4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".


Bahan2 untuk Lapisan Atas

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras-sy tak guna tepung beras sbb xde stock
  • 1 sudu besar tepung kastad-sy letak 2 sudu besar tepung kastard ganti tepung beras
  • 250 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)


Cara-cara :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk

2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah.

3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit.

4. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Kuih yang telah siap dikukus

No comments:

Post a Comment