Sunday, 17 April 2016

AYAM MASAK KUNYIT

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nak share satu lagi hidangan yang simple,mudah untuk dibuat dan tidak memakan masa yang lama untuk dibuat.Jom ikuti resepi dibawah ini.



RESEPI AYAM MASAK KUNYIT

Bahan

  • Ayam
  • seikat kacang panjang
  • 1 biji bawang besar
  • lada besar/cili merah
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara:-
1. Ayam dipotong kecil.Kemudian, lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaaskan minyak.Masakkan ayam dalam kuali.

3. Setelah ayam hampir masak, masukkan pula bawang besar.

4. Masak sedikit lagi.

5. Kemudian masukkan kacang panjang dan lada besar.Masak sekejap sahaja.Lepas itu,angkat dan sedia dihidang...;)

No comments:

Post a Comment