Saturday, 23 April 2016

DONUT YANG GEBU GEBASS

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Hari ini sy akan kongsikan resepi donut yang simple dari zalinzalina. Sebenarnya dah bermacam-macam resepi sy guna utk menghasilkan donut yang gebu tp semuanya xmenepati citarasa sy dan tidak berpuas hati. Puas jugalahh sy mencari resepi donut daripada internet sehinggalah sy jumpa resepi yang berpuas hati.Alhamdullilah..syukur alhamdullilah sy berpuas hati dengan resepi beliau. Apalagi..jom kta tengok dan cuba resepi kat bwah ini.sy buat double dari resepi beliau.





DONUT GEBU(sy buat double daripada resepi asal)

Resepi asal:Zalinzalina

Bahan
Bahan A:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar susu pekat/susu tepung
  • 1 biji telur
  • 100 gm margerin


Bahan B:
  • 220 ml air suam
  • 100 gm gula pasir
  • 1 paket yeast (11 gm) mauripan


Cara-cara:-
1. Satukan bahan B. Kacau sedikit. Tunggu berbuih sekejap.

2.Satukan bahan A. Setelah bahan B berbuih, satukan dengan bahan A.

3. Uli adunan tadi sampai doh licin dan tak melekat di tangan. Jika doh terasa lembik tambah sedikit tepung. Jika terasa keras sdikit, tambah margerin.

4. Sapu margerin sedikit di sekeling doh.

5. Perap doh selama 1/2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda daripada saiz doh yang asal.

6. Bentukkan doh guna acuan donut atau tanpa guna acuan tak pe. Klu xde acuan-bulatkan doh kecil2, leperkan doh dan buatkan lubang di tengah2 doh guna tuding botol air pun xpe.

7. Tunggu doh naik sedikit lagi.

8. Goreng donut tadi. Bila donut nampak keperang-perangan, angkat donut dan toskan. Salut donut dengan gula halus atau gula kastor. Jangan dibiarkan donut terdedah dengan kipas untuk mengekalkan kelembutan donut.







Bahagian dalam donut..Gebu tak..hehehe


Nota:-
 ~Goreng donut guna api kecil dengan minyak yang panas untuk mengelakkan bahagian luar sahaja masak tp dalam masih tidak masak.

~Masa nak goreng donat,jangan diterbalikkan selalu..nanti serap banyak minyak.

~Untuk buat donut frozen, goreng sekejap sahaja lepas tu toskan dan boleh disimpn dalam freezer.





Donut Frozen


No comments:

Post a Comment