Sunday, 17 April 2016

BROWNIES KEDUT

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..
Kebelakangan ini saya lihat ramai bussiness brownies bagai cendawan yang tumbuh. Ramai peniaga yang menjual brownies di laman2 sosisal seperti facebook,instgram dan sebagainya.Brownies yang diorang macam stail ada.Semua menarik2 blaka.Saya pun apa lagi,,nk juga try buat brownies..Hehehe... Setelah mengoogle resepi brownies, saya tertarik dengan resepi cik Azlita Aziz sebab kedut brownes yang dihasilkan sangat cantik, dan nampak macam sedap. Dan alhamdullilah akhirnya saya berjaya juga menghasilkan kedut pada brownies.Brownies ni sangat sedap dan rasa coklatnya sangat rich. Sesiapa yang sukakan coklat,mesti akan sukakan brownies ini. Brownies ni rasanya sticky ,soft(gooey) and chewy.Saya harap dengan perkongsian resepi brownies ni dapat membantu anda dan menaikkan semangat anda untuk mencuba resepi brownies yamg mudah ini.




COKLAT BROWNIES KEDUT

Dikongsikan oleh:azlita aziz
Rujukan               :Juicy Cafe


Bahan (Loyang 9'x9' atau 10'x10')
Bahan A
400 gm coklat masakan-saya guna jenama Beryl's
150 gm butter

Bahan B
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4     biji telur
1     sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh coffe emulco(optional)
Bahan C
100 gm tepung naik sendiri atau (tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder)
  30 gm serbuk koko


Cara-Cara:-
1.Untuk Bahan C,ayak tepung dan serbuk koko. Kemudian,satukan tepung dan serbuk koko.

2.Untuk Bahan B, satukan esen vanilla,coffe emulco dan telur. Kemudian,masukkan gula kastor dan gula perang ke dalam mangkuk campuran esen vanilla dengan telur.Kacau sekejap sahaja.(***untuk mendapatkan kedut yang cantik,gula tidak perlu larut semuanya )

3.Untuk Bahan A,cairkan mentega dan coklat masakan dengan kaedah double boiler.

4.Kemudian,satukan Bahan A,Bahan B dan Bahan C.Masukkan ke dalam loyang

5.Panaskan oven dengan suhu 160 celcius  selama 10-15minit.Kemudian masukkan loyang ke dalam oven dan bakar brownies selama 30-35minit pada suhu 160 celcius.

6.Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan brownies dalam oven selama 15 minit.

7.Setelah sejuk, keluarkan dari loyang dan boleh dipotong.

Brownies yang telah siap dipotong


Nota:-
  • untuk membuat separuh adunan brownies,boleh guna loyang 8'x8'.
  • untuk mendapatkan rasa brownies yang lebih sedap,guna butter dan coklat masakan yang berkualti tinggi.

  • untuk mendapatkan rasa rangup pada brownies, boleh tambah kekacang 100 gm.





SELAMAT MENCUBA....:)

No comments:

Post a Comment