Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya akan kongsikan resepi nasi goreng biasa kepada anda.Nasi goreeng jenis ini saya selalu buat untuk keluarga saya.Biasanya sy hidangkan waktu makan malam. Jika saya rajin sedikit sy buat nasi goreng jenis ini. Kalau tidak saya menyediakan nasi goreng malas sy aitu nasi goreng cina... hehe...resepinya anda boleh lihat dibawah ini..
![]() |
Bahan-bahan nasi goreng |
RESEPI NASI GORENG BIASA
Bahan
- 3 pot beras
- 6-7 biji bawang putih-diketuk dan dihiris nipis
- 1 biji bawang besar-didadu
- 6-7 biji cili kering-diblender dan ditaps airnya
- 1 biji telur-sy xltk dalam gambar
- 1 mangkuk kecil ayam/daging
- sos tiram
- kicap
- gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:-
1. Tanak nasi dalam periuk sehingga masak. Air jangan terlalu banyak. Tapi jangan terlalu sedikit,,nnt terlampau keras plak.
2. Panaskan minyak ke dalam kuali.Setelah minyak masak,masukkan ayam.Goreng ayam sehingga semua air ayam keluar dari ayam tersebut.
3. Kemudian, angkat ayam dan masukkan bawang putih dan bawang besar sehingga garing dan kekuningan.
3.Setelah kesemua bawang garing, masukkan pula cili kering yang telah diblender.Tumis sehingga pecah minyak.
4. Setelah minyak pecah, masukkan ayam yang digoreng tadi, batang sayur sawi,kicap dan sos tiram ke dalam kuali. Kacau rata kesemua bahan2 tersebut.
5. Kemudian, pecahkan telur. Biarkan telur di dalam kuali sekejap sampai nampak macam sedikit masak.Selepas itu,kacau telur tersebut dan masukkan sedikit gula dan garam.
6. Kemudian, masukkan nasi yang dimasak tadi.Gaul nasi dengan bahan tadi sehingga rata. Rasakan nasi goreng tesebut. Tambahkan lagi gula atau garam jika ada rasa yg terkurang.
7. Masak sedikit lagi nasi gireng. Setelah nasi goreng masak, masuk daun sayur sawi dan kubis ke dalam kuali. Masak sedikit lagi tetapi jangan lama-takut sayur terlampau layu. Kemudian tutup api dan siapppp.
Nota:-goreng nasi lama sedikit untuk dapatkan nasi goreng sedap.
![]() |
Taraaa..siap jgak nasi goreng in.Selamat mencuba.;) |
No comments:
Post a Comment