Saturday, 23 April 2016

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nak share resepi puding karamel. Teringat saya setiap kali pada bulan ramadhan, puding in selalu menjadi hidangan dessert untuk keluarga saya. Tapi kebiasaannya keluarga saya beli je kat pasar ramadhan. Tiba2 saya curious pasal macam manalaa puding karamel dihasilkan. So, saya googlela untuk mencari resepi. Setelah menggoogle sy pun jumpa dengan resepi yang berkenan dihati. Rupa-rupanya senang ja cara untuk buat puding karamel ini. Berdasarkan pencarian saya, nak buat puding karamel ini ada dua kaedah iaitu kaedah bakar secara baim marie atau kukus. Untuk resepi kali ini saya buat puding karamel melalui kaedah bakar. Saya tak buat kaedah kukus sebab ada yang mengatakan bahawa buat kaedah ini menjadikan puding mereka sedikit lembik. Tapi banyak je yang berjaya menghasilkan puding karamel melalui kaedah kukus. Bagi saya mana2 cara pun boleh buat, asalkan kita mencuba resepi itu. hehehe. Jom kita resepi kat bawah ini






RESEPI PUDING KARAMEL 

Resepi asal:Raihannavanilla

Bahan A (untuk karamel)
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air
Cara-cara:-
Satukan semua bahan di atas dalam loyang yang anda gunakan. Letak loyang atas dapur dan hidupkan api dengan menggunakan api yang kecil.Tunggu bahan di atas bertukar menjadi warna brown.Kemudian tutup api. Ratakan karamel dalam loyang. Tunggu karamel sehingga keras.


Bahan B
  • 5 biji telur gred B
  • 5 sudu besar gula
  • 400 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:-
Pukul semua bahan B dalam satu bekas. Nak blend boleh atau guna sudu pon boleh. Tapis semua bahan dan masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Bakar dgn suhu dengan suhu 180 celcius selama 45 minit menggunakan kaedadah baim marie.



Selamat menjamu selera...

No comments:

Post a Comment