Sunday, 17 April 2016

IKAN SINGGANG KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera...
Semoga kalian sentiasa mendapat lindungan Allah dan dipermudahkan dengan segala urusan. InsyaAllah kali ini saya akan mengongsikan resepi simple untuk anda semua iaitu ikan singgang. Sebenarnya saya tidak tahu bahawa sebenarnya ikan singgang yang selalu saya hidangkan di rumah adalah ikan singgang Kelantan. Saya baru tahu setelah saya terclick di page blogger masakan tentang resepi ikan singgang Kelantan. Ok.Kali ini saya akan share resepi ikan singgang Kelantan disebabkan oleh resepi ini sangat mudah,tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat,simple,sedap dan sihat untuk dihidangkan. Sesuai untuk dihidangkan dengan budu/sambal dan ulam-ulaman.Ummmm.. mmg sodappplaaaa.





BAHAN

  • 5 Potong Ikan tongkol/Ikan kembung/Ikan Selar-saya guna ikan tongkol
  • 4 ulas bawang merah(klu guna bwg bsar,guna satu labu)-dihiris halus
  • 4-5 ulas bawang putih-dihiris halus
  • 3 atau 3 1/2 inci  lengkuas
  • 3 keping asam keping
  • 4 cawan air (trpulang kpd anda)
  • 3 biji lada besar
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit ajinomoto (optional)

CARA-CARA:-
1. Satukan semua bahan kecuali lada besar.Setelah hampir masak,masukkan lada besar.Biarkan ia mereneh. Lagi lama mereneh lagi sedap ikan singgang.

2.Setelah siap,tutup api dan siap dihidang.Simple kan.

No comments:

Post a Comment