Assalamualaikum w.b.t and selamt sejahtera...
Kali ini entry ini akan kongsikan resepi tomyam untuk family kepada anda.Kenapa family??Ini adalah kerana tomyum yang saya buat sangat banyak dan boleh dimakan untuk family saya yang besar ini. Resepi tomyum ada banyak versi n saya tlah mencuba pelbagai cara untuk memasak tomyam. Tetapi saya suka dengan cara ini.Sedap dan nampak menyelerkan.Ok..nk thu caranyaa??Jom baca resepi tomyam di bawah ini.
- 1 atau 3/4 labu Bawang putih-ketuk dengan lesung
- 2 labu Bawang besar-hiris nipis
- 3 inci halia-hiris
- 3 inci lengkuas-hiris
- 6 biji tomato-3 biji blender dan 3 biji potong
- 5 batang serai-diketuk
- 2 bungkus Perencah Tomyam-saya guna perencah adabi
- 2 biji limau nipis-boleh tambah jika suka masam
- 5 helai Daun Limau Purut 7 cawan air (1 cwn=250ml)
- 10-15 biji cili padi (dibelah dua tp jgn putus)
- Ayam/Daging/Sotong/Udang-sy letak ayam
- bunga kobis/karot/cendawan tiram-sy letak bunga kobis dan cendawan tiramGaram/Gula/Serbuk perasa(jika suka)
CARA-CARA:-
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk sehingga naik bau dan warna kekuningan.
2. Kemudian masukkan lengkuas dan halia.Biarkan sekejap.Kemudian masukkan ayam kedalam periuk. Biarkan ayam dalam periuk sehingga semua air dalam ayam keluar dari ayam.
3. Selepas air ayam keluar, masukkan pula air,halia,lengkuas,3 biji tomato dan serai ke dalam periuk.Birakan kuah mereneh sekejap.
4. Setelah nmpak tomato sedikit kecut, angkat tomato dan blender tomato dengan menggunakan air reneh tomyam tadi.
5. Setelah mereneh,masukkan perencah tomyam,garam,gula,cendawan tiram dan limau nipis ke dalam periuk.Biarkan sekejap sampai tomyam masak.
6. Setelah siap, tutup api. Masukkan daun limau purut dan bunga kobis ke dalam periuk. Biarkan sekejap.
No comments:
Post a Comment