Sunday, 24 April 2016

KUIH PELITA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nak share satu lagi resepi kuih di blog saya ini. Kuih pelita ini berasal dari Kelantan dan bukan sahaja terkenal dikalangan rakyat Kelantan malah terkenal juga di negeri-negeri luar terutama sekali bila tiba bulan ramadhan. Kuih pelita ini memang sedap..rasanya segar dan menyejukkan bila dimakan terutama sekali bila ia sejuk. Ok..jom tengok resepi kat bawah ini.




RESEPI KUIH PELITA

Resepi asal:Hairul

Bahan A(Lapisan bawah-warna hijau)
  • 1 cwn tepung beras-sy guna tepung beras jenis cap2 gajah
  • 5 cwn air
  • 5-7 helai daun pandan(dikisar bersama dgn 1 cwn air di atas)
  • sedikt pewarna hijau epal
  • 1/2 sudu teh air kapur
  • 1 cwn gula


Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan A.

2. Kacau sampai sebati guna whisk tangan.

3. Tapis masuk dalam periuk.

4. Masak atas dapur sampai jadi likat dan meletup-letup. Tutup api.

5. Masukkan dalam bekas kecil/dadih. Letak sudu besar gula atas lapisan hijau. Biarkan seketika.


Bahan B(Lapisan atas-warna putih)

  • 4 sudu besar tepung beras-sy guna tepung beras jenis cap2 gajah
  • 4 cwn santan cair (1 1/2 santan pekat dan 2 1/2 air)
  • 1 sudu teh garam


Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan B.

2. Kacau sampai sebati guna whisk tangan.

3. Tapis masuk dalam periuk.

4. Masak atas dapur sampai jadi likat dan meletup-letup. Tutup api.

5. Masukkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan seketika atau masukkan bekas dalam peti ais. Tunggu sejuk dan sedia untuk dimakan.


Saturday, 23 April 2016

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Hari ini saya nak share resepi puding karamel. Teringat saya setiap kali pada bulan ramadhan, puding in selalu menjadi hidangan dessert untuk keluarga saya. Tapi kebiasaannya keluarga saya beli je kat pasar ramadhan. Tiba2 saya curious pasal macam manalaa puding karamel dihasilkan. So, saya googlela untuk mencari resepi. Setelah menggoogle sy pun jumpa dengan resepi yang berkenan dihati. Rupa-rupanya senang ja cara untuk buat puding karamel ini. Berdasarkan pencarian saya, nak buat puding karamel ini ada dua kaedah iaitu kaedah bakar secara baim marie atau kukus. Untuk resepi kali ini saya buat puding karamel melalui kaedah bakar. Saya tak buat kaedah kukus sebab ada yang mengatakan bahawa buat kaedah ini menjadikan puding mereka sedikit lembik. Tapi banyak je yang berjaya menghasilkan puding karamel melalui kaedah kukus. Bagi saya mana2 cara pun boleh buat, asalkan kita mencuba resepi itu. hehehe. Jom kita resepi kat bawah ini






RESEPI PUDING KARAMEL 

Resepi asal:Raihannavanilla

Bahan A (untuk karamel)
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air
Cara-cara:-
Satukan semua bahan di atas dalam loyang yang anda gunakan. Letak loyang atas dapur dan hidupkan api dengan menggunakan api yang kecil.Tunggu bahan di atas bertukar menjadi warna brown.Kemudian tutup api. Ratakan karamel dalam loyang. Tunggu karamel sehingga keras.


Bahan B
  • 5 biji telur gred B
  • 5 sudu besar gula
  • 400 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:-
Pukul semua bahan B dalam satu bekas. Nak blend boleh atau guna sudu pon boleh. Tapis semua bahan dan masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Bakar dgn suhu dengan suhu 180 celcius selama 45 minit menggunakan kaedadah baim marie.



Selamat menjamu selera...

KUIH SERI MUKA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Malam ini saya nak share resepi kuih seri muka kepada anda. Kuih seri muka ini adalah one of my favorite kuih. Walaupun malam ni sedikit penat sebab ada tetamu yang datang ke rumah sy tapi sy tetap tak sabar nk share resepi kuih seri muka ini. Hehehe. Saya sebenarnya mengidam nak makan kuih seri muka ini sbb memang lama sangat saya tak makan kuih ini. Saya lihat banyak juga resepi kuih seri muka yang dikongsikan oleh blogger makanan. Hati saya tertarik dengan resepi yang dikongsikan oleh Pn.yatie. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pn.Yatie kerana berkongsi resepi kuih seri muka diblog beliau.Jom kita lihat resepi kat bawah ini.






RESEPI KUIH SERI MUKA

Resepi asal:Yatiememories

Bahan2 Lapisan Bawah:-

  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus


Cara-cara:-

1. Rendam pulut lebih kurang 4 jam

2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.

3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.

4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".


Bahan2 untuk Lapisan Atas

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras-sy tak guna tepung beras sbb xde stock
  • 1 sudu besar tepung kastad-sy letak 2 sudu besar tepung kastard ganti tepung beras
  • 250 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)


Cara-cara :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk

2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah.

3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit.

4. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Kuih yang telah siap dikukus

DONUT YANG GEBU GEBASS

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Hari ini sy akan kongsikan resepi donut yang simple dari zalinzalina. Sebenarnya dah bermacam-macam resepi sy guna utk menghasilkan donut yang gebu tp semuanya xmenepati citarasa sy dan tidak berpuas hati. Puas jugalahh sy mencari resepi donut daripada internet sehinggalah sy jumpa resepi yang berpuas hati.Alhamdullilah..syukur alhamdullilah sy berpuas hati dengan resepi beliau. Apalagi..jom kta tengok dan cuba resepi kat bwah ini.sy buat double dari resepi beliau.





DONUT GEBU(sy buat double daripada resepi asal)

Resepi asal:Zalinzalina

Bahan
Bahan A:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar susu pekat/susu tepung
  • 1 biji telur
  • 100 gm margerin


Bahan B:
  • 220 ml air suam
  • 100 gm gula pasir
  • 1 paket yeast (11 gm) mauripan


Cara-cara:-
1. Satukan bahan B. Kacau sedikit. Tunggu berbuih sekejap.

2.Satukan bahan A. Setelah bahan B berbuih, satukan dengan bahan A.

3. Uli adunan tadi sampai doh licin dan tak melekat di tangan. Jika doh terasa lembik tambah sedikit tepung. Jika terasa keras sdikit, tambah margerin.

4. Sapu margerin sedikit di sekeling doh.

5. Perap doh selama 1/2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda daripada saiz doh yang asal.

6. Bentukkan doh guna acuan donut atau tanpa guna acuan tak pe. Klu xde acuan-bulatkan doh kecil2, leperkan doh dan buatkan lubang di tengah2 doh guna tuding botol air pun xpe.

7. Tunggu doh naik sedikit lagi.

8. Goreng donut tadi. Bila donut nampak keperang-perangan, angkat donut dan toskan. Salut donut dengan gula halus atau gula kastor. Jangan dibiarkan donut terdedah dengan kipas untuk mengekalkan kelembutan donut.







Bahagian dalam donut..Gebu tak..hehehe


Nota:-
 ~Goreng donut guna api kecil dengan minyak yang panas untuk mengelakkan bahagian luar sahaja masak tp dalam masih tidak masak.

~Masa nak goreng donat,jangan diterbalikkan selalu..nanti serap banyak minyak.

~Untuk buat donut frozen, goreng sekejap sahaja lepas tu toskan dan boleh disimpn dalam freezer.





Donut Frozen


Friday, 22 April 2016

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga resepi yang saya cari selama ini.Lama btul saya mencari resepi ini. Macam-macam saya taip untuk mendapatkan resepi makaroni macam ni. Kebanyakan guna cheese. Resepi makaroni bakar menggunakan telur yang banyak. So...hati2 kpd siapa yang mahu diet..hehehe..



Teringat masa sekolah menengah dulu,makaroni jenis sungguh famous dan banyak dijual di pasar malam dan banyak juga dijual bila tiba bulan puasa. Masa sy sekolah menengah,sy sempat juga cari resepi bagaimana nak buat resepi makaroni bakar ini. Masa tu banyak sgt resepi makaroni yg xmenggunakan cheese. Tp tulaaah skrg semua resepi tu dah xdpt nk dicari lgi. hehehe. Masa sekolah menegah nk juga buat resepi ni tp tulaaa masa tu xpandai lgi nk berbaking semua ni.Akhirnya, alhamdulillah setelah masuk 20-an, barulaa pandai skit2 berbaking. Tp xdelaaa mahir ponn. Hehehe. Jom kita layan resepi makaroni bakar kat bawah ini.Sebelum tu, sy nk ucapkan terima kasih kepada ..... kerana sudi berkongsi resepi makaroni bakar.




RESEPI MAKARONI BAKAR(Loyang 9'x9')

Resepi asal:

Bahan

  • 1 paket kecil makaroni berat 400gm-sy guna jenama kimball
  • 15 biji telur
  • 400 gm daging kisar
  • 2 biji bawang besar-dipotong dadu
  •  bawang putih
  •  halia
  • 6 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 paket kecil rempah kari ayam/daging(bancuh dgn sedikit air)-sy guna jenama adabi
  • setengah paket kecil sayur campur
  • garam dan gula
  • sedikit ajinomoto(optional)

Hiasan

  • Daun ketumbar/daun bawang/bawang goreng/cili merah
  • Sos cili/mayonis-sy xletak

Cara:-

1. Masukkan makaroni ke dalam periuk.Masukkan air,sedikit mnyak dan garam. Masakkan sekejap sampai dia kembang ataupun tgk arahan di belakang plastik makaroni masing2. Setelah siap, toskan makaroni dan siram dengan air paip untuk mengelakkan makaroni melekat antara satu sama lain.

2. Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dan naik bau.

3.Masukkan cili giling dan masak sampai pecah minyak.

4.Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masukkan daging kisar. Masak daging kisar hingga empuk.

5. Masukkan sayur campur, garam dan gula.Kemudian, masukkan makaroni dan kacau makaroni hingga rata.

6. Setelah makaroni masak, tutup api dan tuangkan separuh telur ke dalam periuk dan kacau sehingga rata.

7.Setelah rata, masukkan makaroni ke dalam loyang dan lebihan telur tadi siram ke atas makaroni.Siram makaroni sehingga menutupi permukaan makaroni.

8. Kemudian, bakar makaroni pada suhu 180 celcius sampai masak.

9.Setelah masak, taburkan hirisan daun bawang,daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh juga paipkan sos cil dan mayonis di atas makaroni ini.


AKOK

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Hari ini saya akan kongsikan resepi akok daripada Azie kitchen. Saya suka rujuk azie kitchen klu bab2 nak buat kuih-muih ini. Kebanyakan resepi kuih-muih dari blog beliau beliau berasal dari negeri Kelantan. n i always refer to her blog when i plan to make kuih Kelantan. Kuih Kelantan ni sedap but xbleh eating too muchla since mostly kuih kelantan contain too much sugar.nnt kang kena potong kaki kan dahh susah..hehehe..ok jomm layannn resepi kat bawah ni...




Resepi asal:Azie Kitchen

Bahan-bahan
  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan-sy guna 150 ml santan + 50ml air
  • 100 ml air
  • 150 gm gula melaka
  • 3 helai daun pandan-sy letak 1/4 sudu kecil pandan emulco 
  • 2 cubit garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla-untuk buang bau hanyir telur


    Cara cara:-
    1. Masak air bersama gula melaka dan daun pandan/pandan emulco hingga mendidih. Tutupkan api.

    2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.

    3. Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.

    4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit (Sy guna acuan muffin,masukkan adunan sebanyak 3/4 ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit). Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 

    Bahagian dalam akok
    Akok mengembang dalam oven


    Monday, 18 April 2016

    NASI GORENG BIASA

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
    Hari ini saya akan kongsikan resepi nasi goreng biasa kepada anda.Nasi goreeng jenis ini saya selalu buat untuk keluarga saya.Biasanya sy hidangkan waktu makan malam. Jika saya rajin sedikit sy buat nasi goreng jenis ini. Kalau tidak saya menyediakan nasi goreng malas sy aitu nasi goreng cina... hehe...resepinya anda boleh lihat dibawah ini..

    Bahan-bahan nasi goreng



    RESEPI NASI GORENG BIASA

    Bahan

    • 3 pot beras
    • 6-7 biji bawang putih-diketuk dan dihiris nipis
    • 1 biji bawang besar-didadu
    • 6-7 biji cili kering-diblender dan ditaps airnya
    • 1 biji telur-sy xltk dalam gambar
    • 1 mangkuk kecil ayam/daging
    • sos tiram
    • kicap
    • gula dan garam secukup rasa


    Cara-Cara:-
    1. Tanak nasi dalam periuk sehingga masak. Air jangan terlalu banyak. Tapi jangan terlalu sedikit,,nnt terlampau keras plak.

    2. Panaskan minyak ke dalam kuali.Setelah minyak masak,masukkan ayam.Goreng ayam sehingga semua air ayam keluar dari ayam tersebut.

    3. Kemudian, angkat ayam dan masukkan bawang putih dan bawang besar sehingga garing dan kekuningan.

    3.Setelah kesemua bawang garing, masukkan pula cili kering yang telah diblender.Tumis sehingga pecah minyak.

    4. Setelah minyak pecah, masukkan ayam yang digoreng tadi, batang sayur sawi,kicap dan sos tiram ke dalam kuali. Kacau rata kesemua bahan2 tersebut.

    5. Kemudian, pecahkan telur. Biarkan telur di dalam kuali sekejap sampai nampak macam sedikit masak.Selepas itu,kacau telur tersebut dan masukkan sedikit gula dan garam.

    6. Kemudian, masukkan nasi yang dimasak tadi.Gaul nasi dengan bahan tadi sehingga rata. Rasakan nasi goreng tesebut. Tambahkan lagi gula atau garam jika ada rasa yg terkurang.

    7. Masak sedikit lagi nasi gireng. Setelah nasi goreng masak, masuk daun sayur sawi dan kubis ke dalam kuali. Masak sedikit lagi tetapi jangan lama-takut sayur terlampau layu. Kemudian tutup api dan siapppp.

    Nota:-goreng nasi lama sedikit untuk dapatkan nasi goreng sedap.


    Taraaa..siap jgak nasi goreng in.Selamat mencuba.;)

    KEK COKLAT DALAM BEKAS KECIL/DADIH

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera....
    Kali ini saya akan kongsikan entry saya dengan resepi kek coklat dalam bekas kecil atau lebih dikenali sebagai bekas dadih. Resepi kek coklat dalam bekas kecil ini adalah sama saja  dgn resepi kek coklat kukus biasa.Yg  bezanya adalah saiz bekasnya dan tempoh masa untuk mengukusnya memandangkan saiz yang digunakan adalah berbeza. Sy sbnrnya tertarik dgn peniaga-peniaga online yang membuat kek coklat dlm bekas kecil.Kek coklat dlm bekas kecil yg dijual oleh mereka semuanya comel-comel. Dan mereka menjual dgn harga yang berpatutan.Jom kta layan resepi kek coklat dalam bekas kecil/dadih di bawah ini.






    RESEPI KEK COKLAT DALAM BEKAS KECIL

    Dipetik dari:Cida de'nuanza

    Bahan A:

    • 1 3/4 cwn gula
    • 1  cwn minyak jagung
    • 1  cwn serbuk koko
    • 1  sudu teh esen vanilla
    • 1 1/4 cwn air/susu cair


    Bahan B:

    • 2  cwn tepung gandum
    • 1 1/2 sudu teh baking powder
    • 1/2 sudu teh soda bikarbonat


    Bahan C:

    • 3 biji telur


    Cara-Cara:-
    1. Satukan bahan A dalam periuk.Kemudian, masak dengan api slow sehingga bahan A larut. Tutup api dapur setelah semua bahan A larut.Tunggu sejuk sedikit.

    2. Kemudian, ayak semua Bahan B.

    3. Untuk bahan C, pukul telur dengan mixer sekejap.

    4. Setelah bahan A sejuk,masukkan bahan C dan bahan B sedikit demi sedikit dan pukul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

    5.Setelah sebati, tapis bahan-bahan dengan menggunakan penapis.(***jika ada ketulan kecil)

    6. Kemudian, masukkan bahan2 tdi dalam bekas kecil dan kukus selama 15-20minit.

    Topping:

    • 150g coklat masakan-sy guna jenama beryls
    • 150g susu cair
    • Coklat rice-sy xletak


    Cara-Cara:-
    1.Masukkan susu cair dalam periuk.Panaskan susu cair dengan mengunakan api yang sederhana sampai susu cair itu mendidih.

    2. Setelah mendidih,tutup api dan masukkan coklat masakkan kedalam periuk tdi. Biarkan coklat masakan mencair sendiri selama beberapa minit.

    3. Kemudian,kacau coklat tadi sehingga sebati. Setelah sebati, masukkan topping ke dalam bekas coklas yang siap dikukus tadi dan taburlah coklat rice sebagai hiasan.



    Sunday, 17 April 2016

    AYAM MASAK KUNYIT

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
    Hari ini saya nak share satu lagi hidangan yang simple,mudah untuk dibuat dan tidak memakan masa yang lama untuk dibuat.Jom ikuti resepi dibawah ini.



    RESEPI AYAM MASAK KUNYIT

    Bahan

    • Ayam
    • seikat kacang panjang
    • 1 biji bawang besar
    • lada besar/cili merah
    • serbuk kunyit
    • garam

    Cara:-
    1. Ayam dipotong kecil.Kemudian, lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
    2. Panaaskan minyak.Masakkan ayam dalam kuali.

    3. Setelah ayam hampir masak, masukkan pula bawang besar.

    4. Masak sedikit lagi.

    5. Kemudian masukkan kacang panjang dan lada besar.Masak sekejap sahaja.Lepas itu,angkat dan sedia dihidang...;)

    IKAN SINGGANG KELANTAN

    Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera...
    Semoga kalian sentiasa mendapat lindungan Allah dan dipermudahkan dengan segala urusan. InsyaAllah kali ini saya akan mengongsikan resepi simple untuk anda semua iaitu ikan singgang. Sebenarnya saya tidak tahu bahawa sebenarnya ikan singgang yang selalu saya hidangkan di rumah adalah ikan singgang Kelantan. Saya baru tahu setelah saya terclick di page blogger masakan tentang resepi ikan singgang Kelantan. Ok.Kali ini saya akan share resepi ikan singgang Kelantan disebabkan oleh resepi ini sangat mudah,tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat,simple,sedap dan sihat untuk dihidangkan. Sesuai untuk dihidangkan dengan budu/sambal dan ulam-ulaman.Ummmm.. mmg sodappplaaaa.





    BAHAN

    • 5 Potong Ikan tongkol/Ikan kembung/Ikan Selar-saya guna ikan tongkol
    • 4 ulas bawang merah(klu guna bwg bsar,guna satu labu)-dihiris halus
    • 4-5 ulas bawang putih-dihiris halus
    • 3 atau 3 1/2 inci  lengkuas
    • 3 keping asam keping
    • 4 cawan air (trpulang kpd anda)
    • 3 biji lada besar
    • garam dan gula secukup rasa
    • sedikit ajinomoto (optional)

    CARA-CARA:-
    1. Satukan semua bahan kecuali lada besar.Setelah hampir masak,masukkan lada besar.Biarkan ia mereneh. Lagi lama mereneh lagi sedap ikan singgang.

    2.Setelah siap,tutup api dan siap dihidang.Simple kan.

    TOMYAM FOR FAMILY

    Assalamualaikum w.b.t and selamt sejahtera... Kali ini entry ini akan kongsikan resepi tomyam untuk family kepada anda.Kenapa family??Ini adalah kerana tomyum yang saya buat sangat banyak dan boleh dimakan untuk family saya yang besar ini. Resepi tomyum ada banyak versi n saya tlah mencuba pelbagai cara untuk memasak tomyam. Tetapi saya suka dengan cara ini.Sedap dan nampak menyelerkan.Ok..nk thu caranyaa??Jom baca resepi tomyam di bawah ini.






     BAHAN (7-8orang)

    •  1 atau 3/4 labu Bawang putih-ketuk dengan lesung
    • 2 labu Bawang besar-hiris nipis
    • 3 inci halia-hiris
    • 3 inci lengkuas-hiris
    • 6 biji tomato-3 biji blender dan 3 biji potong
    • 5 batang serai-diketuk
    • 2 bungkus Perencah Tomyam-saya guna perencah adabi
    • 2 biji limau nipis-boleh tambah jika suka masam
    • 5 helai Daun Limau Purut 7 cawan air (1 cwn=250ml)
    • 10-15 biji cili padi (dibelah dua tp jgn putus)
    • Ayam/Daging/Sotong/Udang-sy letak ayam
    • bunga kobis/karot/cendawan tiram-sy letak bunga kobis dan cendawan tiramGaram/Gula/Serbuk perasa(jika suka)



     CARA-CARA:-
    1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk sehingga naik bau dan warna kekuningan. 

    2. Kemudian masukkan lengkuas dan halia.Biarkan sekejap.Kemudian masukkan ayam kedalam periuk. Biarkan ayam dalam periuk sehingga semua air dalam ayam keluar dari ayam. 

    3. Selepas air ayam keluar, masukkan pula air,halia,lengkuas,3 biji tomato dan serai ke dalam periuk.Birakan kuah mereneh sekejap. 

    4. Setelah nmpak tomato sedikit kecut, angkat tomato dan blender tomato dengan menggunakan air reneh tomyam tadi.

    5. Setelah mereneh,masukkan perencah tomyam,garam,gula,cendawan tiram dan limau nipis ke dalam periuk.Biarkan sekejap sampai tomyam masak. 

    6. Setelah siap, tutup api. Masukkan daun limau purut dan bunga kobis ke dalam periuk. Biarkan sekejap. 

    6. Ok..lepas tu..siap..Sedia dihidang untuk anda dan family anda..Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.



    Taraaaaa...inilahh hasilnya...sedapppp




    BROWNIES KEDUT

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..
    Kebelakangan ini saya lihat ramai bussiness brownies bagai cendawan yang tumbuh. Ramai peniaga yang menjual brownies di laman2 sosisal seperti facebook,instgram dan sebagainya.Brownies yang diorang macam stail ada.Semua menarik2 blaka.Saya pun apa lagi,,nk juga try buat brownies..Hehehe... Setelah mengoogle resepi brownies, saya tertarik dengan resepi cik Azlita Aziz sebab kedut brownes yang dihasilkan sangat cantik, dan nampak macam sedap. Dan alhamdullilah akhirnya saya berjaya juga menghasilkan kedut pada brownies.Brownies ni sangat sedap dan rasa coklatnya sangat rich. Sesiapa yang sukakan coklat,mesti akan sukakan brownies ini. Brownies ni rasanya sticky ,soft(gooey) and chewy.Saya harap dengan perkongsian resepi brownies ni dapat membantu anda dan menaikkan semangat anda untuk mencuba resepi brownies yamg mudah ini.




    COKLAT BROWNIES KEDUT

    Dikongsikan oleh:azlita aziz
    Rujukan               :Juicy Cafe


    Bahan (Loyang 9'x9' atau 10'x10')
    Bahan A
    400 gm coklat masakan-saya guna jenama Beryl's
    150 gm butter

    Bahan B
    100 gm gula perang
    100 gm gula kastor
    4     biji telur
    1     sudu teh esen vanila
    1/2 sudu teh coffe emulco(optional)
    Bahan C
    100 gm tepung naik sendiri atau (tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder)
      30 gm serbuk koko


    Cara-Cara:-
    1.Untuk Bahan C,ayak tepung dan serbuk koko. Kemudian,satukan tepung dan serbuk koko.

    2.Untuk Bahan B, satukan esen vanilla,coffe emulco dan telur. Kemudian,masukkan gula kastor dan gula perang ke dalam mangkuk campuran esen vanilla dengan telur.Kacau sekejap sahaja.(***untuk mendapatkan kedut yang cantik,gula tidak perlu larut semuanya )

    3.Untuk Bahan A,cairkan mentega dan coklat masakan dengan kaedah double boiler.

    4.Kemudian,satukan Bahan A,Bahan B dan Bahan C.Masukkan ke dalam loyang

    5.Panaskan oven dengan suhu 160 celcius  selama 10-15minit.Kemudian masukkan loyang ke dalam oven dan bakar brownies selama 30-35minit pada suhu 160 celcius.

    6.Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan brownies dalam oven selama 15 minit.

    7.Setelah sejuk, keluarkan dari loyang dan boleh dipotong.

    Brownies yang telah siap dipotong


    Nota:-
    • untuk membuat separuh adunan brownies,boleh guna loyang 8'x8'.
    • untuk mendapatkan rasa brownies yang lebih sedap,guna butter dan coklat masakan yang berkualti tinggi.

    • untuk mendapatkan rasa rangup pada brownies, boleh tambah kekacang 100 gm.





    SELAMAT MENCUBA....:)